Wednesday, April 12, 2023

Ramadan 21

Tak kelakar ya ini post yang terbaru selepas yang terakhir 9 Ramadan tahun lepas.. 😅😅
Tinggal lagi 9 atau 8 hari puasa dah nak raya.. yup, waktu post ni ditulis seperti mana yang aku tulis di post terakhir tahun ni aku dah habis bayar untuk loan kereta.. alhamdulillah.. kereta memang dah habis bayar tapi teap duit habis kat kereta juga.. mana tak nya sehari sebelum puasa dah habis dekat seribu jugak  ; check enjin dan tukar paip ekzos.. dan dua tiga hari lepas baru renew roadtax dan insuran.. dah komitmen nk buat macam mana, kan? 😌😌 

oh ya, tahun ni sekali lagi balik kampung lepas raya.. sebab aku yang pilih macam tu ; boleh cuti lama sikit.. kalau tak raya mengejut balik raya ke-3 tapi kalau raya mengejut (tapi kalau dah agak macam ni dah tak jadi mengejut jugak kn?) jadi raya ke-4 lah baru balik kampung.. baju raya tak ada feeling sangat nak beli sebab 1 ; memang dah balik kampung raya keberapa dah dan 2 ; baju raya tahun lepas pun belum pakai lagi.. 

raya sebagai orang dewasa ni tak lah se excited nak raya masa kecik-kecik dulu.. walaupun dulu masa kecik pernah jugak terfikir kalau dah besar nanti lagi seronok raya sebab dapat beli baju raya sendiri dan berapa banyak yang nak.. meleset dik anggapan itu.. kelakar juga bila difikir-fikir balik.. 😅😅

signature609f3aa17c594