Saturday, May 15, 2021

Kenapa Unpublish?

Ok dah settle unpublish posts lama-lama yang semuanya agak merepek dan aku sendiri pun tergelak apabila baca balik.. Apa benda la yang aku fikir masa tu.. Selepas aku post dekat Instagram malam tadi tak sangka jugak akan dapat respon yang nak aku publish blog ni..

 Jadinya bagi sesiapa yang terjumpa blog aku ni silakanlah baca kalau nak.. Maaflah blog ni bukan blog ilmiah sekadar blog suka-suka yang aku rasa apa yang aku nak tulis.. Posts yang lama-lama dulu tu biarlah aku simpan sebagai kenangan.. 

Eh, tapi aku tinggalkan 2 post yang terawal untuk tatapan semua..

😅

Friday, May 14, 2021

Raya ke-2.. Raya + PKP


Tahun kedua beraya dalam keadaan pandemik yang masih belum berakhir ni, dan tahun kedua jugak tak dapat balik ke kampung..

Kalau nak diikutkan tahun ni giliran aku dapat cuti raya.. Kebiasaannya sehari atau dua hari sebelum raya aku dah balik ke Terengganu untuk beraya, dan esok hari terakhir aku cuti.. Lusa masuk kerja dengan keadaan PKP yang kononnya ketat tapi masih tak macam PKP..

Pergi beraya tak boleh tapi pergi mengunjungi shopping mall boleh.. haihhh..

Tapi raya tetap raya.. Walaupun tak keluar rumah, pagi raya tetap pakai baju raya, mandi sunat dan solat sunat hari raya.. Alhamdulillah..

Khatam Patawali Kurta Top..



Dua helai baju raya sebab tahun lepas tak beli.. Boleh la buat pakai untuk ambik mood raya semasa video call dengan keluarga kat kampung.. Kalau tahun lepas call mak pagi raya time nak pergi kerja mak menangis, tahun ni mak tak menangis pulak.. Walaupun nampak muka dia macam nak menangis mungkin dia dapat tahan, kot.. 

Juadah raya sorang2..

Malam raya ada pulak mood nak masak, ambik feel malam raya masa kecik2 dulu tengok mak masak lauk2 raya.. Jadi lah jugak gulai kerutuk ayam nak makan dengan ketupat palas.. Simple..