Wednesday, May 31, 2023

Opis ku, Praktikal ku

haaaa, ni la opis ataupun tempat aku menjalani praktikal.. sebenarnye dah lame dah aku amik gambar2 nih.. rasenye hari kedua pas aku daftar diri kat syarikat ni.. alhamdulillah smpai sekarang aku takde masalah lagi sepanjang mempraktikalkan diri kt sini.. hehehe.. bos n staff yang lain pn baik n banyak memberi tunjuk ajar..


my desk..





Wednesday, April 12, 2023

Ramadan 21

Tak kelakar ya ini post yang terbaru selepas yang terakhir 9 Ramadan tahun lepas.. 😅😅
Tinggal lagi 9 atau 8 hari puasa dah nak raya.. yup, waktu post ni ditulis seperti mana yang aku tulis di post terakhir tahun ni aku dah habis bayar untuk loan kereta.. alhamdulillah.. kereta memang dah habis bayar tapi teap duit habis kat kereta juga.. mana tak nya sehari sebelum puasa dah habis dekat seribu jugak  ; check enjin dan tukar paip ekzos.. dan dua tiga hari lepas baru renew roadtax dan insuran.. dah komitmen nk buat macam mana, kan? 😌😌 

oh ya, tahun ni sekali lagi balik kampung lepas raya.. sebab aku yang pilih macam tu ; boleh cuti lama sikit.. kalau tak raya mengejut balik raya ke-3 tapi kalau raya mengejut (tapi kalau dah agak macam ni dah tak jadi mengejut jugak kn?) jadi raya ke-4 lah baru balik kampung.. baju raya tak ada feeling sangat nak beli sebab 1 ; memang dah balik kampung raya keberapa dah dan 2 ; baju raya tahun lepas pun belum pakai lagi.. 

raya sebagai orang dewasa ni tak lah se excited nak raya masa kecik-kecik dulu.. walaupun dulu masa kecik pernah jugak terfikir kalau dah besar nanti lagi seronok raya sebab dapat beli baju raya sendiri dan berapa banyak yang nak.. meleset dik anggapan itu.. kelakar juga bila difikir-fikir balik.. 😅😅

signature609f3aa17c594

Monday, April 11, 2022

9 Ramadan..

Puasa dah nk masuk hari ke-10, lagi 20 hari dah nak raya.. baru lepas renew insuran dan roadtax kereta yang dah due sebulan lebih...ke dh dua bulan, tak ingat.. 
so, settle satu perkara lagi dua perkara belum settle berkaitan kereta ni; servis dan polish.. haihhh.. 
dalam tak sedar, pejam celik dah masuk tahun ke-9 dah sejak aku beli kereta ni.. yup, tahun terakhir untuk settle hire purchase dengan bank.. semua nya makan duit.. ahh, tak sabar.. sepatutnya habis bayar semua dalam pertengahan tahun ni tapi disebabkan covid dan aku ambil moratorium jadinya bertambah lah lagi 6 bulan untuk settle.. insya-Allah hujung tahun ni habislah.. Alhamdulillah..


signature609f3aa17c594

Saturday, January 1, 2022

Happy New Year 2022!!

Another year, another journey.. hoping the best for the upcoming.. semoga diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang diberkati..

well, another year new year with no big celebration.. yes, its all because of the covid.. but for me its already few years already, since im single maybe.. hahaha.. but yeahh.. once, i countdown new year in my room with just mr. potato chips and coke.. 

but there was on new year`s eve, once i come back from work i passed a burger stall.. so i decided to have it for dinner.. since then it become my 'tradition' to having a burger for my new year`s eve celebration..
and since i bought a new tshirt from h&m today, i put it on and having my burger..

it is raining outside, good night..






signature609f3aa17c594

Tuesday, November 30, 2021

Roasted Chicken

Masak apa hari ni? Bila cuti dan ada mood nak masak tu baru lah brasap sikit dapur. Kalau malas masak pergi bungkus nasi je lah jawabnya.

Jadi, hari tu aku ada  mintak resepi roasted chicken daripada one friend of mine selepas tengok di IG story dia. Boleh katakan first time jugak lah masak roasted chicken ni. Oven kecik kt dapur ni hanya jadi perhiasan je sebab setiap kali terfikir nak masak benda2 yang gunakan oven tapi bila tengok oven kecik terus hilang mood nak cuba masak. 

Tapi kali ni aku tak guna resepi daripada my friend tu. Adalah google sikit resepi2 roasted chicken dan pada asalnya nak cuba resepi lebih kurang peri-peri chicken Nando's tu. Tapi bahan rempah pulak tak cukup, guna je lah rempah apa yang ada. Lain kali dah ada cukup bahan baru cuba resepi peri-peri tu.

Perap ayam dengan rempah HEX tu, campur2 je semua sukatan agak2 suka hati.


Untuk roasted vege nak makan dengan ayam tu kali ni aku hanya gunakan potato, carrot, dan sweet corn. Sebelum ni selain potato ada juga garlic, onion, dan broccoli. 



Yang first time hari tu nampak lagi menarik sebab ada broccoli.. simple recipe but so sedap!! Thanks Melor for this recipe.




signature609f3aa17c594

Friday, June 25, 2021

Vaksin Covid-19

Akhirnya pagi tadi dapat cucuk vaksin covid19 dos pertama di Dewan MPAJ Ampang Indah.. Alhamdulillah setakat ni semuanya ok lg, takde side effects.. maybe mlm nanti atau esok tak tau lah lagi tp harap2 takde apa2 lah.. semuanya berjalan lancar pagi tadi, cuma teragak2 dengan tempat PPV tu sebab tak biasa dengan kawasan tu.. nasib baik tak sesat guna waze terus je sampai.. proses daftar pun senang, cuma tunggu giliran dan lepas cucuk je kena tunggu ambil masa sikit.. tak smpai sejam pun dah settle dah boleh balik.. pegi vaksin bawak kete sorang2 risau jugak lepas vaksin pening kepala tak boleh nk drive balik tadi.. 

Yup, sebelum ni aku agak risau nak ambil vaksin ni.. bkn sebab takut sakit bkn sebab takut jarum, cuma banyak kepada takut side effects lepas kena cucuk.. kalau setakat pening atau demam tu aku ok lg, tapi lebih takut kalau jadi yang lebih teruk.. tapi apa2 pun aku agak lega sikit, walaupun ada satu dos lagi kena ambik tapi sekurang2nya aku dah berikhtiar untuk keselamatan diri, keluarga, dan orang sekeliling aku..


signature609f3aa17c594

Thursday, June 3, 2021

Proud of Myself, jogging day 1..


So, hari ni ada kekuatan dan semangat sikit untuk jogging.. after solat subuh td terus tukar baju semua dan tak fikir dh nk jogging ke tak nk jogging ke tak, terus turun bawah.. kalau duk fikir panjang biasanya nanti memang tak menjadi lah, duk terbaring depan tv lah jawabnya.. 

cukuplah sekadar 4, 5 lap pusing-pusing kawasan parking rumah untuk hari ni.. daripada takde langsung, keluar jugak peluh.. 

potato n chicken salad ni aku buat dh dua hari dlm fridge.. tu pn baru perasan mlm td lepas dh masak nasi untuk dibuat nasi goreng pagi ni.. still elok tak basi lagi baik dihabiskan dlu daripada dibuang membazir pulak..

signature609f3aa17c594

Tuesday, June 1, 2021

Full Movement Control Order, Day 1..

PKP 3.0, tak tahu berapa banyak pkp lagi yang perlu kita lalui hingga virus ni lenyap.. hari pertama ni kami masih tak dipanggil untuk bekerja lagi.. esok lusa mungkin.. risau bila fikir kena masuk kerja dengan keadaan yang makin tak terkawal ni.. 

ini semua sebab rakyat yang gagal.. yes, kerajaan juga ada gagalnya tapi in the end of the day semuanya bergantung kepada rakyat sendiri, kita sendiri.. dulu kita hampir menang, tapi bila dah hampir menang semua terleka.. bagi aku kerajaan tak patut melonggarkan sop yang sedia ada dulu, itu lah gagalnya kerajaan.. seterusnya gagalnya rakyat apabila sop dilonggarkan.. semua seronok seolah-olah meraikan kemenangan yang belum lagi kita capai.. belum dapat vaksin tapi semua sudah selesa berada di tempat ramai orang, shopping mall, pergi berjalan sana-sini.. 

signature609f3aa17c594

Saturday, May 15, 2021

Kenapa Unpublish?

Ok dah settle unpublish posts lama-lama yang semuanya agak merepek dan aku sendiri pun tergelak apabila baca balik.. Apa benda la yang aku fikir masa tu.. Selepas aku post dekat Instagram malam tadi tak sangka jugak akan dapat respon yang nak aku publish blog ni..

 Jadinya bagi sesiapa yang terjumpa blog aku ni silakanlah baca kalau nak.. Maaflah blog ni bukan blog ilmiah sekadar blog suka-suka yang aku rasa apa yang aku nak tulis.. Posts yang lama-lama dulu tu biarlah aku simpan sebagai kenangan.. 

Eh, tapi aku tinggalkan 2 post yang terawal untuk tatapan semua..

😅

Friday, May 14, 2021

Raya ke-2.. Raya + PKP


Tahun kedua beraya dalam keadaan pandemik yang masih belum berakhir ni, dan tahun kedua jugak tak dapat balik ke kampung..

Kalau nak diikutkan tahun ni giliran aku dapat cuti raya.. Kebiasaannya sehari atau dua hari sebelum raya aku dah balik ke Terengganu untuk beraya, dan esok hari terakhir aku cuti.. Lusa masuk kerja dengan keadaan PKP yang kononnya ketat tapi masih tak macam PKP..

Pergi beraya tak boleh tapi pergi mengunjungi shopping mall boleh.. haihhh..

Tapi raya tetap raya.. Walaupun tak keluar rumah, pagi raya tetap pakai baju raya, mandi sunat dan solat sunat hari raya.. Alhamdulillah..

Khatam Patawali Kurta Top..



Dua helai baju raya sebab tahun lepas tak beli.. Boleh la buat pakai untuk ambik mood raya semasa video call dengan keluarga kat kampung.. Kalau tahun lepas call mak pagi raya time nak pergi kerja mak menangis, tahun ni mak tak menangis pulak.. Walaupun nampak muka dia macam nak menangis mungkin dia dapat tahan, kot.. 

Juadah raya sorang2..

Malam raya ada pulak mood nak masak, ambik feel malam raya masa kecik2 dulu tengok mak masak lauk2 raya.. Jadi lah jugak gulai kerutuk ayam nak makan dengan ketupat palas.. Simple..




Friday, February 26, 2021

2021..

assalamulaikum..
selepas post terakhir pada tahun 2015, sekarang tahun 2021 akan aku cuba untuk kembali aktif di sini..
harap2 banyak la benda nak di post atau mood untuk meng'update' kat sini..

selepas bertahun-tahun bermastautin di KL ni, sibuk dengan kerja, rutin harian tidak lagi sama macam waktu belajar dulu..
dan sesungguhnya seikhlas hati aku sangat rindukan kehidupan sebagai seorang pelajar, kehidupan di Sintok..
memang tidak akan mungkin waktu-waktu itu akan berputar kembali, cuma kenangan yang mampu aku imbau dan kenangkan..

Tuesday, March 25, 2008

baru lg nih..

so pe pendapat korg bout ape yg perlu ade, perlu aku wat, kt blog nih? cm bnyk bnda nk wat tp xtau lg lor.. tlg ler ajor.. hehe.. xnk ajor pn bgtau je la ape yg best kalo ltk kt blog ni..

nk knl ke?

namaku: mohd fazri..
pggilan ku: rie, yie..
usia ku: 21thn..
asal ku: trg..
sekarang aku: study, somewhere in kedah..