Google+ Followers

Wednesday, July 1, 2009

makan2 lagi..

memang betol aku dah semakin berisi sebab dalam 2 bulan cuti semester ni tak ada benda lain yang aku buat selain dari makan, makan, makan dan tido.. hehehe.. berat naik giler (berapa? rahsia ok) kalau kat kampus rajin la jugak aku pergi main tenis.. tapi tak pe sebab makan ni satu perkara yang tak pernah bosan untuk dilakukan.. betol tak? (kalo bosan pon kena makan gak, hehehe)..

selalunya kalau pergi tengok movie kat Sunway Pyramid, tempat makan yang agak sedap makanannye (bagi aku la) ialah kat Deli Nasi Lemak dan Laksa Shack selain McD.. hehehe.. nasi lemak kat sini boleh tahan la tapi feveret aku ialah Laksa Johor.. tapi bagi aku laksa yang paling sedap ( bagi aku lg) ialah kat Laksa Shack.. semua laksa dia best, Laksa Sarawak, Laksa Johor n beberapa jenis laksa yang lain..

satu lagi tempat bagi aku yang makanannya boleh dirasakan sebagai sedap dan best dengan pemandangannya ialah kat Look Out Point, Ampang.. kat sini terdapat beberapa restoran yang menyediakan pelbagai jenis hidangan dan yang paling penting pemandangan KL yang indah terutamanya pada waktu malam.. kalo tak silap aku la ada 1 restoran macam ala2 Jepun dan malam tu aku makan kat Bread and Olives Cafe yang menyediakan makanan barat dan ala2 arab mediteranean.. harganya? agak2 la kalau tempat cantik dan makanan yang sedap..




1 comment:

Ejaylicious said...

MMmmm..sedapnya laksa sarawak....terliur pepagi ni kalau cakap pasal makanan..ahk